Sunday 22 April 2012

DKAT MAKMAL...

Hari ni kami kena pergi makmal tapi enam orang ja. Anis,Iffah,Zaimin,Khalis,Aini dan Aqid. kami kena buat tugasan untuk script dan story board untuk Creative Content Challenge... penat jugak tapi best sebab tak payah belajar.... hahahha... nak UPSR pon nak main2 lagi!! 

Wednesday 4 April 2012

hidup ini.....

               Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya…
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan

cinta Allah...

           Jangan sampai cinta menjerumuskanmu dalam lubang yang telah engkau tutup rapat sebelumnya.
Oleh itu, jika engkau mula menyedari adanya benih-benih cinta mulai tertanam lembut dalam hatimu yang rapuh. Segeralah membuat sebuah benteng yang tebal lagi kukuh. Tanam rumput beracun disekelilingnya. Pasang semak berduri di pintu-pintunya.Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati. Cinta yang takkan bertepuk sebelah tangan. Namun Allah tidak ego mendominasi cinta hambaNya. Dia berikan kita cinta kepada ibubapa, para teman-teman,saudara mara dan kaum muslimin. Yakinlah bahawa yang diberikan oleh Allah..

cinta yang sempurna...


Wanita muslimah laksana bunga yang menawan..
Wanita muslimah bagaikan sebuah perhiasan yang tidak ternilai harganya..
Teramat banyak yang ingin meraih bunga tersebut..

Namun tentunya tak sembarang orang berhak meraihnya, menghirup madunya.
Hanya yang dia yang benar-benar terpilih yang dapat memetiknya..
Yang dapat meraih pesonanya..

Dengan harga mahal yang teramat suci..
Sebuah ikatan amat indah, bernama pernikahan..
Kerana itu sebelum saatmu tiba..

Sebelum orang terpilih itu datang dan membawamu ke istananya..
Janganlah engkau biarkan dirimu layu sebelum masanya..
Jangan kau biarkan serigala liar menjadikanmu bahan permainan..
Jangan kau biarkan dia permainkan hatimu yang rapuh..
Atas nama taaruf atas nama cinta..

Kau tahu saudariku, jika seseorang jatuh cinta..
Maka cinta akan membungkus seluruh aliran darahnya..
Dan menutup semua mata hati dan fikirannya..

Membuat seseorang lupa akan prinsipnya..
Membuat seseorang lupa akan besarnya fitnah ikhwan-akhwat..
Membuat seseorang lupa akan apa yang benar dan apa yang perlu dia hindarkan..

Membuat seseorang itu lupa tentang batasan pergaulan ikhwan & akhwat..
Membuat seseorang serahkan segalanya supaya orang yang dicintai bahagia..
Membuat orang tersebut lupa bahawa cinta mereka belum tentu akan bersatu..